Saturday, May 22, 2010

Use Before vs Best Before

Salam semua :)

Hari ini cik kumaniologist nak bercakap perihal "USE BY" dengan "BEST BEFORE".Rasanya, mesti ramai yang masih tak dapat bezakan pasal 'terms' ni kan? Tapi kalu sebut pasal AF tu apa, mesti ramai je yang dah angkat tangan nak jawab.hehehe.

Tak pe.Tak pe.Jom kita 'discuss' sama-sama:)

*USE BEFORE
--------------


Buat pengetahuan anda semua, "USE BEFORE" ni adalah tanda amaran, atau kalau siapa-siapa yang tak faham amaran, it's a WARNING. Haaa, maksudnya,kalau lebih dari tarikh tu, JANGAN MAKAN/MINUM/TELAN/MAMOH*/KEKOH*.Diulang, JANGAN. Selalunya, 'USE BY' ni digunakan utk produk-produk tenusu atau 'dairy products' seperti susu, yogurt dan lain-lain.

Walaupun korang rasa yang susu tu tak bau masam lagi, tapi, TOLONG, TOLONG jangan minum kalau dah tamat tempoh sebab kemungkinan susu tu dah pun rosak gara-gara kuman yang sudahpun membiak dengan hebatnya. Kuman ni, sangat bijak okay. Sebabnya, walaupun 'dia' telah pun merosakkan susu tu, 'dia' takkan menyebabkan susu tu baunya masam.

Ha, akhirnya, kita berjaya ditipu dan hasilnya, kita berkemungkinan keluar masuk toilet.'Worse come to worse' kalau kita kena masuk hospital.

*BEST BEFORE
-------------


'BEST BEFORE' ni sebenarnya lebih kepada nak menjaga kualiti sesuatu produk tu. Contohnya, potato chips. Okay, kalau dia tulis, "Best before 19 April 2010", maksudnya, kita boleh lagi makan selagi potato tu tak rosak. Cumanya, mungkin rasa potato dah tak sedap sangat. Mungkin juga, chips tu dah rasa lemau atau *liuk.

Tapi, kalau korang tengok makanan tu dah berkulat semua atau bau pelik, janganla pula makan jugak gara-gara baca artikel ni.hehehe.


Sekian.

-kumaniologist-

*mamoh=kunyah
*kekoh=gigit
*liuk=lemau

5 comments:

Ahmad bin Ariffin said...

akhirnya hari ni faham jgk beza antara 2 ni =)

fatihah said...

baguslah:)

medi said...

gud luck cik kuman.
semoga bahagia dgn blog baru ni hehe

fatihah said...

encik medi, bukan cik kuman ye..kumaniologist..hehe :)

mehmed said...

kumaniologist..
term hok baru aku dengor.. hee~
slalu la nullih, sdap gok baca skali skale